Friday, June 20, 2014

Pakej Makan Durian & Lempuk Durian Kg. Singkiaq..


Suka makan durian? Nak berkampung dalam dusun beramai-ramai untuk menikmati buah durian yang segar dari ladang? Nak menikmati pengalaman berada di dalam dusun buah-buahan sebagai aktiviti syarikat atau reunion bersama kawan-kawan?

Di sinilah tempatnya...

Kami dari Sarina Homestay ada menyediakan pakej makan durian smpai tersandaq (baq hanggg :D ) serendah RM15 seorang* di dusun kami yang terletak di Kampung Singkir, Yan, Kedah (laluan ke Tanjung Dawai). Selain dari menikmati raja buah-buahan ini, anda juga boleh merasai sendiri pengalaman mengumpul buah durian dalam dusun tersebut. Setiap pakej mestilah mempunyai *sekurang-kurangnya 10 orang dan mampu menampung seramai 200 orang dalam satu-satu masa.

Selain durian, pekej ini juga akan dihidangkan bersama pulut santan untuk dimakan bersama durian dan minuman serta beberapa menu sampingan yang akan dibincangkan semasa tempahan dibuat.

Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 3 hari sebelum anda tiba di sini.

Sekiranya anda berminat atau mempunyai pertanyaan lanjut, hubungi Hj. Hamid di talian 019-4774021.

Nanti dulu, kami juga ada membuat Lempuk Durian Kampung Singkiaq. Tempahan boleh dibuat di talian yang dinyatakan di atas... pasti anda akan berpuas hati.. InsyaAllah.. :)

Jumpa anda di sini................................

Sarina Homestay a.k.a Bendang Homestay


1 comment:

  1. The King Casino Resort - Hertzaman
    Find the perfect deccasino place to herzamanindir.com/ stay, play, casino-roll.com and unwind 출장안마 at Harrah's Resort Southern California. Get your https://tricktactoe.com/ points now!

    ReplyDelete